• Pembelajaran di tadika kami menyeluruh dari segi agama & akademik arus perdana.
  • 50% pembelajaran kami pembelajaran Al Quran(mengaji & menghafaz).
  • Anak-anak setiap hari belajar mengaji dan menghafaz. Siap boleh tebuk-tebuk lg bacaan surah. Cute je 4 tahun main tebuk-tebuk hafazan surah Asy Syams..
  • Boleh HAFAZ SELAWAT TAFRIJIYYAH, DOA DHUHA
  • Anak-anak belajar solat fardhu setiap Khamis & Jumaat. Tambahan solat Dhuha setiap Isnin, Selasa & Rabu.
  • Doa sebelum & selepas makan, doa sebelum & selepas bangun tidur, doa masuk & keluar tandas, doa buka baju, doa lihat cermin dan banyak lagi doa-doa yang akan menjadi rutin harian anak-anak. Ibubapa pasti teruja.
  • Sebelah pagi anak-anak mengaji, menghafaz & membaca.
  • Jadual & modul akademik kami telah disusun lengkap selaras seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Anak2 jg belajar:
✔️Bahasa Inggeris
✔️Bahasa Arab
✔️Matematik
✔️Sains
✔️Jawi
✔️Seni & Kreativiti 
  • Sebelah petang tadika kami bukan setakat taska (daycare)..
✔️Tengahari murid makan, tidur, mandi & solat zohor
✔️Pkl 3 anak-anak belajar semula hingga solat asar & minum petang.
✔️Main-main mestilah ada. Kami tak mengenepikan hak fitrah semulajadi anak-anak.
  • Alhamdulillah kemenjadian anak2 tadika kami sangat-sangat memberangsangkan.
  • Anak-anak steady membaca perkataan Arab & potongan ayat Al Quran seawal 3 bulan belajar.
  • Anak-anak kami dah ramai boleh membaca BM, BI & JAWI dengan lancar. Siap bersajak berpantun lagi😘😘
  • Alhamdulillah dah ada anak-anak kami yang sudah naik Al-Quran🤲🤲
Tadika kami SENTIASA BEROPERASI kecuali cuti umum & Sabtu Ahad. Isnin-Jumaat/8pg hingga 6ptg.

14 June 2019 / 10 Syawal 1440 H (JUMAAT)

ALC Lestari Puchong telah mengadakan Jamuan Hari Raya dan Penyampaian Sijil Asas Tamhid & Sijil Tajwid. Lebih kurang 150 orang telah menghadiri Jamuan hari raya.

Seramai 29 orang pelajar dewasa telah menerima Sijil Asas Tamhid, 12 orang pelajar dewasa Sijil Tajwid & 7 orang pelajar kanak kanak telah menerima Sijil Tajwid. Majlis yang dijalankan telah berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua pelajar dan Terima Kasih pada yang telah menjayakan majlis.