614
  • APC
  • APC Tangkak
https://www.jomalbaghdadi.edu.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/54/cropped-1558239989.png

APC Tangkak Claimed

No 8 & 8A, Tingkat 1 Jalan Besar, Tangkak, 84900, Johor, Malaysia
APC
Closed

Gallery

Business Details

Ke Arah Membentuk Anak Genius Al Quran

Pra Sekolah Al Quran Pilihan Ibu Bapa Muslim Masa Kini di Tangkak dan sekitarnya. Mengutamakan pendidikan Al Quran disamping pembelajaran asas akademik yang menepati Kurikulum KSPK Kementerian Pelajaran

480px logo APC 2020

Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?

Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

teras belajar

Latar Belakang Pra Sekolah APC 

Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

 

Kata-Kata Aluan Pengusaha/Guru Besar Pra-Sekolah

hakim1Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Hanafi Bin A. Manap sangat bersyukur kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC Tangkak adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah beroperasi di No 8 & 8A, Tingkat 1, Jalan Besar, 84900 Tangkak, Johor. Kami mempunyai 4 orang Guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan di tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.

Apa yang anak akan rasai di APC?

1. Anak APC Akan Seronok Belajar

APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.

2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi

Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.

3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS

Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.

4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap

Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.

 

 4 teras

Apa yang anak akan belajar di APC?

7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi. 

1. Pandai Baca & Hafal Al Quran

Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.

2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab

Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.

3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!

Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif  mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.

4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.

Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

 

bukuapc

Klik Untuk Buku Digital 4 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 5 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 6 Tahun

 

>> KLIK UNTUK PENDAFTARAN <<

 

 

Type:
Al Baghdadi Centre
Establishment year:
2018
Employees:
6
Keywords:

Announcement

Keistimewaan APC Kami

  1. Menepati Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
  2. 50% waktu untuk pembelajaran Al Quran dan Hafazan
  3. Aktiviti Ko-Kurikulum seperti sukan, lawatan dan seni mempertahankan diri
  4. Guru berpengalaman dan bertauliah
  5. Lokasi premis yang kondusif dan selesa, jauh dari bunyi bising
  6. Dilengkapi CCTV untuk pemantauan
  7. Sistem Qr Junior untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan kebaikan
  8. Sistem Maklumat Pelajar bagi kemudahan akses parent mengenai status yuran dan prestasi anak
  9. Terdapat ruang Indoor Game bagi kanak-kanak bermain
  10. Makanan dan berkhasiat dan bergizi untuk pertumbuhan anak 
  11. Berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
  12. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor
  13. Menjadi Ahli Persatuan Tadika Islam Malaysia
  14. Sokongan Buku Elektronik Flipbook
  15. Sokongan E-Quiz untuk membangunkan kecerdasan minda

Map Location

Map Directions

Price List

Fullday
Fullday

Ahad - Khamis 8.00am - 5.00pm

MYR 0.00
Halfday
Halfday

Ahad - Khamis 8.00am - 12.00pm

MYR 0.00
Anak Guru
Anak Guru

Ahad - Khamis 7.00am - 3.00pm

MYR 0.00
4, 5 dan 6 Tahun
4, 5 dan 6 Tahun

Ahad - Khamis 12.00pm - 5.00pm

MYR 0.00
Sekolah Agama
Sekolah Agama

Ahad - Khamis 12.45pm - 2.00pm

MYR 0.00

BUSINESS REVIEWS

User Rating

0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

company map
No 8 & 8A, Tingkat 1 Jalan Besar, Tangkak, 84900, Johor, Malaysia

Contact Persons

Pengusaha
Hanafi A. Manap (+)

Social Networks

GMT +08:00
Opening hours
Monday
08:00 AM - 05:00 PM
Tuesday
08:00 AM - 05:00 PM
Wednesday
08:00 AM - 05:00 PM
Thursday
08:00 AM - 05:00 PM
Friday
Closed
Saturday
Closed
Sunday
08:00 AM - 05:00 PM