• ALC
  • ALC BANGI SEKSYEN 16

ALC BANGI SEKSYEN 16 Claimed

ALC BANGI SEKSYEN 16 https://www.jomalbaghdadi.edu.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/136/cropped-1570844439.jpeg 0132296915 5 05 4
ALC BANGI SEKSYEN 16 - PENERAJU INOVASI PENDIDIKAN AL QURAN
1825
https://www.jomalbaghdadi.edu.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/136/cropped-1570844439.jpeg
ALC BANGI SEKSYEN 16
Closed
Categories:
ALC
Contact person
GMT +08:00
Opening hours
Monday
08:00 PM - 10:00 PM
Tuesday
Closed
Wednesday
08:00 PM - 10:00 PM
Thursday
08:00 PM - 10:00 PM
Friday
08:30 AM - 10:30 AM
08:00 PM - 10:00 PM
Saturday
Closed
Sunday
Closed
Kelas diadakan sehari dalam seminggu. Masa mengaji adalah cuma dua jam sahaja.
  • Business Details
  • Map
  • Reviews
  • Gallery
  • Videos
  • KELAS NGAJI AL QURAN - TEKNIK AL BAGHDADI di ALC BANGI SEKSYEN 16
  • Price List
ALC adalah ringkasan kepada Al Baghdadi Learning Center. ALC Bangi Seksyen 16, adalah sebuah pusat mengaji Al Quran cawangan Pengajian Al Quran Al Baghdadi berlokasi di KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM BANGI, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.

KPIB 3a

Kalau tak tau membaca Al Quran, RuuuuuuGi..!!!

Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Al Baghdadi Leaning Centre (ALC) ada menyediakan kelas bimbingan asas membaca Al-Quran. Kelas ini bertujuan untuk membimbing mereka;Dewasa Remaja Kanak kanak

  1. yang tak tahu membaca Al-Quran.

  2. yang bacaan Al-Quran nya tersekat-sekat.

  3. membaca Al-Quran mengikut tajwid.

  4. mengasah kemahiran membaca dengan betul mengikut mahkraj.

  5. wujud rasa minat dan cinta kepada Al-Quran.Cop ALC Bangi Seksyen 16 color

 

Surah Al Muzamil ayat 4

 

 

 

“Bacalah Al-Quran secara tartil”  (Surah Al Muzamil : 4)  

 

Map Directions
User Rating

5 average based on 4 Reviews


5 Star
4
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

  • BELAJAR NGAJI DI ALC / MENGUSAHA ALC BANGI SEKSYEN 16

    ,

    Saya adalah kelahiran generasi “Baby Boomer”. Bermakna sekarang (2019) dah masuk five series. Waktu zaman kanak-kanak saya mengaji Muqadam dengan ibu saya. Bila sudah masuk Al Quran saya mengaji dengan Ustaz di surau berhampiran dengan rumah saya. Suasana ketika itu agak sukar mencari guru Al Quran yang boleh mengajar dengan bacaan tajwid yang betul. Bila masuk alam remaja saya dah tidak menyambung ngaji Al Quran. Saya kembali semula baca Al Quran ketika saya mula bekerjaya. Waktu itu saya dapati yang bacaan Al Quran saya tidak berapa lancar. Walau bagaimanapun, saya terus membaca sampai qhatam. Saya tahu dan faham yang bacaan Al Quran saya tidak betul makhraj dan tajwidnya. Maka, saya mencari-cari guru yang boleh mengajar baca Al Quran dengan tartil. Akhirnya, pada tahun 2010, saya jumpa dalam laman sesawang suatu Institusi yang mengajar ngaji Al Quran khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Institusi tersebut adalah Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi. Saya cuba hubungi Institusi tersebut melalui laman sesawang, tetapi tiada respond. Maka, saya lupakanya. Lima tahun kemudian, saya dapati Institusi tersebut bergiat aktif. Saya hubungi semula institusi tersebut, kali ini ada respond. Pada Disember 2016, institusi tersebut menjemput saya menghadiri taklimat Al Baghdadi Learning Center di HQ Gombak. Pada Januari 2017, saya daftar sebagai pelajar Al Baghdadi di ALC Bangi Seksyen 7 di bawah kelolaan Ustaz Fakhrul Anuar Yusof dan belajar mengaji Al Quran di situ. Dalam masa yang sama sebagai pelajar Al Baghdadi, saya dan rakan saya bercadang untuk tubuh cawangan Al Baghdadi satu lagi di Bandar Baru Bangi. Akhirnya pada Mei 19, 2017 kami terima lesen penubuhan ALC Bangi Seksyen 16 dengan nombor kod ALC.b.899 daripada HQ Al Baghdadi. Pada Julai 2018, saya mendaftarkan diri mengikuti kursus SAPQ (Sijil Asas Perguruan Al Quran Akademik Al Baghdadi) dan berjaya menamatkan pengajian pada Julai 2019. Apa yang ingin saya nyatakan disini, sistem pengajaran ngaji Al Quran di Al Baghdadi amat sangat berkesan untuk belajar membaca serta memperbaiki bacaan Al Quran. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya belajar ngaji Al Quran di Al Baghdadi. Alhamdulillah dan saya amat berterimakasih kepada pengasas (founder) Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi iaitu Qr. Ustaz Jalaluddin Hj. Hassanuddin dan rakan-rakan seperjuanganya dalam usaha mengembangkan pengajaran mengaji Al Quran. Semoga Allah sentiasa membantu perjuangan mereka ini untuk berdakwah dan meramaikan lagi umat Islam di Malaysia khasnya dan juga di dunia amnya boleh membaca Al Quran secara tartil.
    Rate this review:
  • Excellent

    ,

    Syukur Alhamdulillah sangat berkesan untuk yg baru mempelajari AlQuran terutama warga emas seperti saya yg tidak ada asas mengenai huruf dan mahraj . Masih tidak terlewat atau merasa malu untuk belajar dari asas . Terima kasih Al Baghdadi dan Ustaz Yusoff .
    Rate this review:
  • Mohd idha fikries

    ,

    Alhamdulillah..cara pembelajaran yang sangat berkesan untuk saya membaca alquran dengan sebutan mahkraj yang betul ,mengenal sifat huruf dan mengenal tajwid dalam alquran.Terima kasih pada ustaz anssar yang banyak memberi ilmu tentang alquran serta banyak memperbetulkan bacaan saya dan kawan-kawan.☺
    Rate this review:
  • Maziah

    ,

    Alhamdulillah..sangat membantu sy dan kawan2 untk lebih faham tentang al-quran.. ustaz anssar sangat supportive dan sentiasa bersemangat dlm mengajar.. Teruskan usaha dakwah dalam menyebarkan ilmu al-quran pada masyarakat..
    Rate this review:

Teknik

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di ALC Bangi Seksyen 16 menggunakan teknik Al Baghdadi. Kami di sini menekankan pengajian kepada pelajar supaya boleh menguasai bacaan mahkraj dengan betul. Proses pembelajaran yang mudah dan sistem pengajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dibahagi kepada 3 tahap.

  • Tahap Asas : TAMHID – Penekanan kepada pengenalan huruf dan sebutan makhraj.

  • Tahap Bacaan : TAJWID – Penekanan kepada hukum hakam ilmu tajwid bersama sebutan makhraj.

  • Tahab Ngaji : TALAQQI – Penekanan kepada bacaan Al Quran dengan tartil (bacaan yang betul-betul) sehingga qhatam 30 juzuk.

 MELALUI KAEDAH NGAJI TEKNIK AL BAGHDADI :


Bahan

 

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Surah mengaji dia tak tahu.
Usah gusar, ALC Bangi Seksyen 16 sedia membantu mereka yang tidak tahu mengaji dan ingin belajar mengaji Al Quran, tak kira berapa peringkat umur.
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sudah menjadi tanggunjawab kami di ALC Bangi Seksyen 16 memberi tunjuk ajar dalam mengajar bacaan Al Quran dan memperkenalkan ilmu Tajwid kepada pelajar-pelajar kami yang daftar belajar mengaji Al Quran di ALC Bangi Seksyen 16.

JOM! Daftar belajar mengaji Al Quran di ALC Bangi Seksyen 16.

 

KELAS NGAJI BARU AKAN DIBUKA PADA JANUARI 2020. 

Untuk mendaftar masuk Pusat Ngaji ALC BANGI SEKSYEN 16 ;
  1. Sila muaturun borang daftar kemasukan di ruang Attachments.
  2. Isi maklumat penuh dalam borang tersebut.
  3. Hantar terus samada ;
           i.  melalui email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
           ii. melalui whatsapp ke 0132296915
           ii. serah kepada saya di KPIB pada setiap malam kelas mengaji.  (Rujuk tarikh & masa kelas di ruang Opening hours).
Pihak kami akan meghubungi Tuan/Puan sekiranya kami terima borang kemasukan yang telah dihantar kepada kami.
Recognice
Al Baghdadi Learning Center (ALC)
  • Kelas Dewasa
    MYR 100.00
    Kelas Dewasa

    Yuran Pendaftaran ialah RM150. Sekali bayar sahaja. Ia termasuk ; Yuran daftar RM20, Set buku Tamhid & alat pengetuk RM30 dan Yuran bulan pertama RM100. Untuk Yuran Bulanan seterusnya, bayaran sebanyak RM100 sebulan.

  • Kelas Dewasa & Kelas Kanak-kanak
    MYR 100.00
    Kelas Dewasa & Kelas Kanak-kanak

    Yuran Pendaftaran ialah RM150. Sekali bayar sahaja. Ia termasuk ; Yuran daftar RM20, Set buku Tamhid & alat pengetuk RM30 dan Yuran bulan pertama RM100. Untuk Yuran Bulanan seterusnya, bayaran sebanyak RM100 sebulan.