Al Baghdadi: Peneraju Pendidikan Al Quran Awal Usia

Al Baghdadi Chilcare Centre (ACC) merupakan sebuah program Taska berasaskan Al Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa berteraskan Al Quran.


Anak-anak berusia antara 0 hingga 4 tahun sebenarnya mempunyai minda dengan kemampuan serapan maklumat yang luar biasa.


ACC menerapkan persekitaran dengan emosi positif dan Al Quran menjadi isi utama dalam sesi aktiviti harian anak-anak sepanjang di Taska. ACC dihasilkan berteraskan 7 Tunjang utama Al Baghdadi Postnatal Education Program 1000 yang sangat unik untuk permulaan seribu hari pertama seorang manusia dari kelahiran.

parallax background

Mengoptimumkan potensi anak-anak

Untuk cemerlang dunia Akhirat
“Ajarkan anakmu Al Quran” seiring dengan itu, anak-anak didedahkan dari awal tentang pelajaran Al Quran

Gunakan Masa Prima

MASA PRIMA Pembelajaran (Prime Time Education) bermula 4 bulan dalam rahim ibu hingga 3 tahun pertama adalah tempoh prima pembelajaran yang paling kritikal untuk pembinaan asas intelek, sahsiah dan kecintaan kepada Al Quran

Suasana Kondusif Untuk Pembangunan Anak

Anak disediakan dan didedahkan dengan persekitaran dan SITUASI pembelajaran yang kondusif, ceria, kemas, bersih dan selamat.

Membiasakan Al Quran sebagai Tunjang Utama

Apabila konsep SAFA dan pendidikan awal Al Quran diamalkan oleh sebahagian besar keluarga-keluarga sehingga ia menjadi KEBIASAAN maka akan lahirlah generasi GENIUS AL QURAN

parallax background
parallax background

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi hotline ACC di 03 6187 0187